macky_ettone

want to share something with all of u about what i did, done, do and anything... ^^

Saturday 7 April 2012

PINE PRIME

ada kisah disebalik tajuk pada kali ini... 
entah lar.. 
susah nak aku ungkapkan kenapa... 
tapi, anda sendiri akan mengalamai kisah disebalik tajuk tersebut....
andai kata, satu hari nanti, orang yang anda sayang pergi meninggalkan anda kerana tajuk ini, katakan lah rindu pada nya....
andai ini kali terakhir aku menghembus nafas, doakanlah kejayaan yang telah aku kecapi..
 ini kerana, hanya itu yang aku mampu lakukan sepanjang umur hidup ku ini....

Sunday 27 November 2011

MANJA NYE... ^^

PANGGILAN MANJA TIME
COUPLE... ♥ ♥

Paling Biasa :
1. Abang+Sayang
2. Papa+Mama
3. b+bb
4. Anje+ayang
(GeLi LidAh aKU.)

Paling bangang :
1. Kanda+Dinda
2. Boboy+Gegurl
3. Baby Boy+ Baby Gurl
4. Prince+ Princess
(CaM MeLuAT JEr)

Paling cute :
1. Kita+Awak
2. Kamu+Kite
3. Dia+Orang
4.saya+awak
(RAsE CaM BaRu keNaL JEr..)

Paling Cool:

1.KAU+AKU
2.MUNG+AKU ♥
(AkU RaSe MACAm DekAt N RapAt)

korang pilih yang mana..???

Friday 4 November 2011

3 sahabat .....

Tiga orang sahabat mati dalam sebuah kemalangan jalanraya dan pergi ke syurga untuk orientasi.

Mereka semua bertanya, “Saat kamu sudah mati, dan teman serta keluargamu berduka di sebelah mayatmu, kamu ingin mendengar apa yang mereka cakap?”

Orang pertama berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah seorang doktor yang hebat dan juga seorang ketua keluarga yang baik.”

Orang kedua berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah suami dan guru yang baik yang memberikan impak positif yang besar bagi anak-anak di masa depan.”

Orang terakhir menjawab, “Aku ingin mendengar mereka berkata, “Lihat, ia bergerak!!!!

UNGKAPAN CINTA

Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."

Dara: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"


Teruna: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."

Dara: "Apakah kau mencintaiku?"

Teruna:"Tentu! Selamanya akan tetap begitu."

Dara: "Apakah kau pernah berlaku curang?"

Teruna: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."

Dara: "Maukah kau menciumku?"

Teruna: "Ya..."

Dara: "Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah..."


Sila baca dari bawah ke atas.!!

3 sekawan ( FHAWEEZ , AYU , AMIRA ) dengan mahaguru ( MAC )

Tersebutlah kisah 3 sekawan yang hendak berguru dengan seorang mahaguru (MAC) yang terkenal..Mahaguru tersebut telah mengajak ketiga-tiga sekawan tersebut kesuatu tempat yang tidak diketahui. 

Sebelum memulakan perjalanan mereka mahaguru itu berpesan supaya setiap seorang dari mereka mesti membawa seketul batu. FHAWEEZ dan  AYU membawa seketul batu yang besar tetapi kawan mereka yang seorang lagi, AMIRA hanya membawa seketul batu yang kecil.. 

Selepas berjalan lebih kurang 20km mereka pun merasa lapar dan mahaguru tersebut membawa mereka berhenti dan berkata " sila letakkan batu yang kamu bawa kerana saya nak jadikannya makanan kamu" maka kedua sahabat yang membawa batu yang besar mendapat makanan yang banyak tetapi se kawan yang membawa batu kecil hanya mendapat makanan yang sedikit. AMIRA merasa sangat marah.. 

Selepas makan, mereka memulakan perjalanan semula dan seperti biasa mahaguru tersebut menyuruh mereka membawa seketul batu seorang. Kali ini  FHAWEEZ dan  AYU hanya membawa batu yang kecil tetapi kawan mereka yang seorang membawa seketul batu yang besar... Apabila tiba pada suatu tempat mahaguru tersebut pun berhenti. dan berkata " sila balingkan batu yang kamu bawa sekuat yang boleh sebab lagi jauh batu itu jatuh maka lagi besar kawasan tanah yang akan saya berikan kepada kamu." Maka mereka pun membaling batu yang mereka bawa. Sekali lagi AMIRA marah kerana dia tidak mampu membaling batu sejauh 2 kawannya sebab batu dia besar.

Selepas itu mereka memulakan perjalanan mereka dan kali ini mahaguru tersebut menyuruh mereka membawa 2 ketul batu seorang. FHAWEEZ dan AYU membawa 2 batu yang sama besar tetapi Kawan mereka ini membawa 2 batu- 1 kecil dan satu besar- dengan harapan jika mahaguru mahu menjadikan batu itu sebagai makanan maka dia akan menggunakan batu yang besar, dan jika mahaguru mahu menggunakan batu utk mendapatkan tanah dia akan memberikan batu yang kecil... Apabila sampai ke suatu tempat mahaguru itupun berkata" sekarang bersedialah kamu kerana batu yang kamu bawah itu saya akan jadikan lubang hidung kamu" Alangkah terperanjatnya kawan mereka yang seorang kerana lubang hidung yang menjadi sebelah kecil dan sebelah besar....

BIRI - BIRI

Gembala Biri-Biri

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang
pemuda lalu bertanya, "Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya
beberapa soalan?

"Oh, boleh saja" kata gembala itu.
Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala.
"Yang putih."
"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari."

"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."
"Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih."
"Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."

"Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih."
"Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam
kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."


Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya, "Kenapa engkau
membezakan biri-biri engkau yang putih dgn yg hitam setiap kali nak jawab soalan
saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala itu menjawab, "Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri
yang putih itu adalah milik saya."
"Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu, "...kalau yang hitam tu pulak
siapa punye?"
"Yang hitam pun sama," kata gembala itu.

PPISMP PRA(BM) / PSV / PJ


True Friends

There are many people
that we meet in our lives
but only a very few
will make a lasting impression
on our minds and hearts
It is these people that we will
think of often
and who will always remain
important to us
as true friends...

Praskull Evolution....