macky_ettone

want to share something with all of u about what i did, done, do and anything... ^^

Friday 4 November 2011

3 sekawan ( FHAWEEZ , AYU , AMIRA ) dengan mahaguru ( MAC )

Tersebutlah kisah 3 sekawan yang hendak berguru dengan seorang mahaguru (MAC) yang terkenal..Mahaguru tersebut telah mengajak ketiga-tiga sekawan tersebut kesuatu tempat yang tidak diketahui. 

Sebelum memulakan perjalanan mereka mahaguru itu berpesan supaya setiap seorang dari mereka mesti membawa seketul batu. FHAWEEZ dan  AYU membawa seketul batu yang besar tetapi kawan mereka yang seorang lagi, AMIRA hanya membawa seketul batu yang kecil.. 

Selepas berjalan lebih kurang 20km mereka pun merasa lapar dan mahaguru tersebut membawa mereka berhenti dan berkata " sila letakkan batu yang kamu bawa kerana saya nak jadikannya makanan kamu" maka kedua sahabat yang membawa batu yang besar mendapat makanan yang banyak tetapi se kawan yang membawa batu kecil hanya mendapat makanan yang sedikit. AMIRA merasa sangat marah.. 

Selepas makan, mereka memulakan perjalanan semula dan seperti biasa mahaguru tersebut menyuruh mereka membawa seketul batu seorang. Kali ini  FHAWEEZ dan  AYU hanya membawa batu yang kecil tetapi kawan mereka yang seorang membawa seketul batu yang besar... Apabila tiba pada suatu tempat mahaguru tersebut pun berhenti. dan berkata " sila balingkan batu yang kamu bawa sekuat yang boleh sebab lagi jauh batu itu jatuh maka lagi besar kawasan tanah yang akan saya berikan kepada kamu." Maka mereka pun membaling batu yang mereka bawa. Sekali lagi AMIRA marah kerana dia tidak mampu membaling batu sejauh 2 kawannya sebab batu dia besar.

Selepas itu mereka memulakan perjalanan mereka dan kali ini mahaguru tersebut menyuruh mereka membawa 2 ketul batu seorang. FHAWEEZ dan AYU membawa 2 batu yang sama besar tetapi Kawan mereka ini membawa 2 batu- 1 kecil dan satu besar- dengan harapan jika mahaguru mahu menjadikan batu itu sebagai makanan maka dia akan menggunakan batu yang besar, dan jika mahaguru mahu menggunakan batu utk mendapatkan tanah dia akan memberikan batu yang kecil... Apabila sampai ke suatu tempat mahaguru itupun berkata" sekarang bersedialah kamu kerana batu yang kamu bawah itu saya akan jadikan lubang hidung kamu" Alangkah terperanjatnya kawan mereka yang seorang kerana lubang hidung yang menjadi sebelah kecil dan sebelah besar....

2 comments: